11:10 PTG

(3) Comments

2009! Aku Datangggg...

Din

dah datang dah pun... lambat betulla ko update kodin oi! hahahaaa..

untuk tahun 2009, saya tak dapat keje lagi.. huhuhuu.. dah submit resume bnyk tempat, g career fair kat midvalley minggu lepas, still xdpt apa-apa reply. g interview, pastu tak di contact2 balik.. tapi takpela, buatla apa yang patut untuk cari duit utk survive, tak kisahla keje dengan org ke keje sendiri. janji boleh survive utk sekarang & masa akan datang.

tahun ini utk website BizComp Portal, saya akan kurang aktif, beri kepada junior2 saya untuk handle. Sebelum lepaskan pada dorg, kene buat user manual @ ajar dorang cammane nk gune sbgai administrator portal tersebut.

tapi saya akan aktif di Shah Alam Portal. Banyak bende telah dirancangkan untuk Shah Alam Portal (long term plan) dan sekarang adalah masa untuk melaksanakan plan tersebut. Apa plan tersebut? tunggula nnti

saya juga telah diberi kepercayaan memikul tugas sebagai ADC IT Pengakap Lembah Pantai (masih aktif lg bebbb..) Tugasnya mengemaskini info di website PLP & juga menyediakan sistem arkib yang menyimpan file2 & gambar2 PLP sejak zaman batu lagi..

Owh.. tidak lupa juga, nak kene cari tempat gathering IEM kat KLCentral bulan Feb ni.. sape2 tau restaurant/cafe yang sesuai utk gathering dlm 30 orang mcm tu??


Untuk tahun 2009, target saya hanyalah 1. iaitu mencari duit seminimum RM1000 sebulan, tak kisahlah dengan keje sendiri atau keje dengan org.. bila capai sahaja RM1000 sebulan, saya akan target baru iaitu gandakan ke RM2000 ataupun tingkatkan lagi seberapa banyak. contoh bulan ni RM1000, bulan depan target RM2000 plak. Tak mustahil kan?? cuma gandakan keje yang saya buat jela..  lgpun bulan lepas & bulan ni berjaya dapatkan RM600 lebih, takkan bulan seterusnya tak boleh kot.

Bila dah ada target, baru la buat plan.... Siap je plan, terus laksanakan.. Tapi perlu diigtkan semasa proses perlaksanaan ada 2 bende yg penting, iaitu (management) & (focus)... bila 2 bende ini bergerak seiring seirama, baru plan kita berjalan dengan lancar untuk menghampiri target kita...

Walaupun dapat keje sekalipun (keje dgn org), plan diatas ini tetap berjalan.. keje dgn org siang hari, mlm keje sendiri plak.. takde mase nk releks2 dah.. weekend je releks sbb saya hanya igt prinsip saya ni :
biar penat sekarang, jgn penat masa tua nnti. dah tua masa untuk rehat dan layan anak2 cucu je.. mase mude ni kite tgh bnyk tenaga, buatla keje mcm2.. jgn tido jeeee..
3 Responses to "2009! Aku Datangggg..."
Famie Shafie said :
Khamis, 22 Januari, 2009
Sebagai testimonial kepada rakan-rakan En. Izzaldin yang membaca blog ini...

Jawatan ADC ICT yang disandang oleh beliau adalah jawatan yang dilantik dalam mesyuarat daerah Lembah Pantai yang bersidang baru-baru ini berdasarkan kelayakan beliau dalam akademik dan penglibatan aktif beliau dalam daerah selama ini.

ADC ICT itu ialah:

Pen. Pesuruhjaya Daerah
Bahagian Teknologi Maklumat & Komunikasi.

Selamat Menjalankan Tugas.
kodin said :
Khamis, 22 Januari, 2009
terima kasih en famie atas penjelasan :)
Fatin Pauzi said :
Isnin, 26 Januari, 2009
Salam, kodin. Wat gathering tu kat Kedai Kopi area Tasik Shah Alam tu, ok gak. kan?

Catat Ulasan

nak komen, komen elok2 skit ek...